Wednesday, October 8, 2008

Pasti dan akan Pasti

Pasti dan semestinya pasti tiada lagi yang tidak pasti atau pasti "kot". Tapi yakin pasti akan kepastian pada sebuah hakikat yang nyata dan terang. Keterangan dan kejelasan pada satu kisah itu serlah yang lahir dari hati yang ingin meluahkannya. Apakah anda ceria di saat membaca coretan aku ini? Tapi nyata aku punya keceriaan juga akan tetapi ianya pudar dan tidak tampak gemilau sinarnya. Keceriaan bagi ku adalah anugerah yang gemilang dan agung kerana ianya memberi ketenangan pada rohani yang dapat menampung keapuhan dan kekentalan semangat jasmani. Apalah punya sebuah keluarga sekiranya intipati menuju pada permusuhan dan memutuskan ikatan yang dijalin pada masa silam. Tidak pernah ada perasaan begitu dalam hati dan jiwaku, tidak mudah bagiku menjustifikasikan hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga dan hanya bunyi guruh di langit air di dalam tempayang kita curahkan tanpa yakin sama ada bunyi guruh tu benarkah hujan akan turun atau sebaliknya. Bagaikan aur dengan tebing memang tak dapat dipisahkan sekiranya terpisah itu bukan nama aur lagi mungkin namanya longkang binaan konkrit. Memang tidak dapat aku lupakan segala peristiwa sedih yang menimpaku semenjak pemergian ayahand dan bonda tercinta lebih 25 tahun dan 15 tahun yang sudah. Semenjak ayah meninggal aku dibesarkan oleh mak dan ayah tiriku sehingga umur aku mecapai 10 tahun, bondaku meninggal ketika umurku 10 tahun di saat melahirkan adik bersama ayah tiri. Sekarang adikku telah berusia 15 tahun, genap sudah 15 tahun pemergian bondaku ke alam sana. Aku mempunyai 4 orang adik yang lain ayah, 2 adik lelaki dan 2 adik perempuan. Namun, aku tidak pernah bersama dengan adik bongsuku semenjak kelahirannya. Semenjak pemergian bonda, kami adik beradik tidak lagi berada di bawah bumbung yang sama. Kami jarang berjumpa hanya setahun sekali, bayangkan di zaman kanak2 aku tidak merasai zaman kanak2 sepertimana anak kecil yang lain.... Sehingga disini dulu inginku coretkan kisahku ini. Sambungannya akan ku tuliskan nanti. So tunggu episod akan datang dimana aku akan ceritakan apakah yang setrusnya berlaku kepadaku selepas pemergian bondaku..

No comments:

Me

Followers