Sunday, October 5, 2008

Hidup Penuh Ceria


Saban hari dan waktu, setiap insan inginkan suatu yang damai dan kedamaian yang menyeluruh di dalam hidup mereka. Kegembiraan adalah sesuatu yang bakal menjanjikan ketenangan dalam bekerja dan segala aktiviti seharian kita. Setiap orang pasti pernah bercinta, bagi orang yang bercinta sudah tentu akan bergembira dan bersuka ria bersama orang yang dicintainya. Bagi yang putus cinta apa kah kegembiraan itu telah lenyap? Mustahil tidak, kerana gembira itu bukanlah milik mutlak kita. Tetapi ia datangnya dari yang maha kuasa akan tetapi jiwa dan perasaan kita itulah yang merudum nilai gembira kepada nila sedih dan duka. Sehingga kita walaupun dah masuk 3 tahun berpisah dengan orang yang pernah aku cintai dahulu, akan tetapi hati ini masih mengingati dan terbayang2 akan kehadiran insan tersebut di dalam hati aku 5 tahun yang lepas ketika Kami sama2 belajar di UiTM pahang dahulu. Kenangan yang terindah itu akhirnya lenyap seketika sahaja. Kenapa hanya kesalahan yang kecil akhirnya membawa kepada kemusnahan yang besar. Aku menyesal, aku minta maaf di atas apa yang telah aku lakukan kepadanya. Sehingga kini aku masih menunggu dirinya untuk kembali kepadaku sekiranya jodoh aku tetap bersamanya... Pulanglah kepangkuanku wahai kekasih lamaku, aku masih menunggu kepulanganmu sayang!

No comments:

Me

Followers