(Bersama Miss Kim, Pensyarah English)"Hidupku tidak sempurna, aku masih mengembara ilmu, aku masih mencari ruang, aku ingin memperbaiki kelemahan diri..." Mr K
Aura seoarang pendidik
Aura boleh ditafsirkan sebagai power ataupun kuasa yang sedia ada dalam diri setiap insan. Aura ini berbeza dalam setiap individu dengan individu yang lain, orang yang mempunyai aura sebagai pemimpin baik pemimpin atasan mahupun bawahan, maka akan terserlahlah ciri-ciri kepimpin yang hadir di dalam diri mereka, sekiranya seseorang itu mempunyai aura sebagai ahli perniagaan ataupun usahawan yang berjaya maka ciri-ciri tersebut tampak dengan jelas dan jitu, mereka mampu menjana keuntungan dan kestabilan dalam perniagaan mereka.
Bagaimana pula aura seorang pendidik? Apakah aura itu wujud? Sebenarnya aura itu wujud, diri sendiri tidak nampak akan kewujudan aura tersebut tetapi ianya dapat dirasai oleh masyarakat sekeliling kita. Aura seorang pendidik amat kuat berbanding aura yang lain, kerana kita menyampaikan ilmu kepada masyarakat kita adalah penganti rasul di dalam menerangi kehidupan orang lain, kite menerangi kegelapan dan kejahilan orang lain, sejarah pernah membuktikan masyarakat Eropah pernah berada di era kegelapan dan kejahilan ilmu namun selapas berabad berada dalam kegelapan maka mereka menemui jalan pembaharuan, mereka merasakan ilmu dapat mengubah kejahilan dan kegelapan yang mereka alami berabad lamanya. Mereka harus mencari seoarang pendidik untuk mendidik, mereka harus menyelongkar isi alam ini dengan mempelajari ilmu. Pendidik adalah sumber ilmu, sumber rujukan, sumber maklumat dan informasi kepada masyarakat ataupun warga kampus. Janganlah kita salah gunakan aura sebagai pendidik untuk melakukan perkara yang menyalahi etika seorang pendidik. Janganlah keran nila setitik susu sebelanga rosak, punah, tiada hasil, tiada manfaat. Kita harus menjadi seorang pendidik yang beretika bila berdepan pelajar kita. Kita perlu menjadi role model, kita perlu berinformasi dan penuh dengan maklumat di dada.
Apakah peranan seorang pendidik?
Apa yang kita sedia maklum bahawa peranan seoarang pendidik iaitu mendidik kerana pada dasarnya perkataan pendidik itu adalah lahir dari perkataan 'didik' maka telah terang lagi bersuluh, peranan utama kita adalah untuk medidik anak bangsa mengajar mereka dengan ilmu yang bermanfaat, mengasah mereka, membentuk mereka dengan ilmu yang berguna demi agama, bangsa dan negara. Di era yang mencabar ini pendidik perlu faham bahawa, peranan mereka melangkaui takrifan pendidik itu sendiri, hakikat yang jelas pendidik bukan sahaja mendidik akan tetapi kita membentuk peribadi insan yang kita dididiki itu.
Pendidik perlu memantapakan diri dengan informasi terkini.
Untuk menjadi seoarang pendidik yang beraura tinggi, kita perlu melengkapkan diri dengan informasi terkini, kita harus menjadi seorang pengembara ilmu yang aktif mengembara untuk mendapat segaka maklumat yang terkini, terbaru dan mutakhir untuk dikongsikan dengan pelajar kita. Janganlah kita menjadi seorang pendidik yang masuk ke kelas hanya membawa sebatang "marker pen" dan dada kosong tidak ada persediaan untuk mengajar, kita hanya menciplak kan segala sumber pengajaran kita dari orang lain, kita tidak ada kerangka isi ataupun maklumat yang kita buat sendiri untuk megajar kita hanya mangambil bulat2 dan hanya tiru bulat2 dari orang lain maka kita hanya akan dilabelkan sebagai seorang yang "menciplak", dan yang paling menghampakan kita hanya masuk ke kelas bukan mengajar tetapi hanya bercakap tentang perkara yang tiada kaitan langsung dengan silibus yang hendak di ajar, hanya berborak-borak kosong di depan pelajar. Maka kita hanya akan dilabel dengan pendidik yang hanya makan gaji buta. Ingatlah pendidik bertanggungjawab didalam mengajar bukan berborak kosong didalam kelas dan bukan berfantasi dengan para pelajar kita. Kita berdepan dengan makhluk yang bernyawa bukan berdepan dengan "machine" yang statik, kalau kita berdepan dengan "machine" tidakcjadi masalah yang kronik atau pun major dalam kes ini, kerana "machine" tidak ada perasaan ataupun jiwa untuk mentafsirkan apa yang kita lakukan keatasnya, tetapi awas kalau kita berdepan dengan makhluk (pelajar), kita di nilai oleh mereka. Janganlah kita suka berfantasi hingga menjejaskan pencapaian pelajar kita. Mereka boleh menilai sejauh mana keikhlasan kita untuk mendidik mereka.
"Aku masih belum sempurna, aku harus mengembara lagi untuk mengajar murid-murid ku.... mereka adalah modal insan untuk negara di masa hadapan.."
"Biarlah, aku dilabel sebagai seorang pendidik yang suka kesiankan pelajar... aku mahu menjadi seorang pendidik yang memahami jiwa, kerana aku berdepan dengan makhluk yang bernyawa..."
Tulus Ikhlas dari MR K

No comments:
Post a Comment